Sep 8, 2004

Cinta Si Penggali Kubur...

Aku tabik giler ngan citer yang terbabit. Subhanallah, walhamdulillah, wa lailahaillallah, Allahu Akbar..memula nak gelak nengok ke'lurusan' watak Dol tapi sebenarnya itu yang patutnya aku insafi sedari awal cerita..insaf! Aku diingatkan tentang kekurangan dan kelebihan insan ciptaan Tuhan. Betapa di usia ini terlalu banyak ragam yang aku temui malah berani aku katakan bahawa aku belum pun terdedah sepenuhnya.

Cerita itu punya kronologi indah..bercerita tentang kekudusan hati insan yang senang melakukan apa saja tapi dipermainkan oleh orang yang kurang bertanggungjawab. Aku menilai erti ketulusan insan yang lemah, kebutaan insan berkuasa dan erti kasih sayang malah cinta sesama mereka yang sudi menterjemah perasaan itu dlm sebuah kehidupan.

Lihat! Insan lurus itu begitu luhur hatinya memuji Tuhan tapi 'kita' yang dianggap beraqal penuh ni, sewenang bermain dan bersandiwara. Cerita cinta dan kasih bertaut rapat mengajak aku kembali berfikir dan merenung sejenak...

Subhanallah, walhamdulillah, wa lailahaillallah, Allahu Akbar!!! Kembalikan minda dan hati kepada 'skrip kehidupan' :)

No comments: